Wednesday, March 26, 2014

FAKTOR MENARIK TANAMAN LIMAU PURUT

As Salam dan Salam Sejahtera.

Berjumpa lagi dalam blog saya ni.  Semakin hari semakin ramai yang melawat blog saya. Alhamdulillah, inilah ruang yang dapat saya gunakan untuk berkongsi minat dalam bidang pertanian.  .

Ditemani anak di ladang
Seingat saya, saya belum menulis lagi mengenai prospek dan kaedah penanaman pokok limau purut atau nama botaninya citrus histrix secara terperinci sebelum ini.  Mungkin dalam blog-blog rakan yang lain diceritakan asal-usul pokok limau purut atau tentang kepentingan limau purut kepada masyarakat kita.  Saya lebih berminat berkongsi tentang prospek komoditi ini, cara penanaman dan penjagaannya supaya seiring dengan misi dan objektif untuk memastikan ia diurus secara bijak, menjimatkan, kekal berdaya saing dan seterusnya memperolehi keuntungan yang berterusan. 

Seperti dalam post sebelum ini, saya menyentuh berkenaan permintaan buah dan daun limau purut yang tinggi.  Ini merupakan peluang untuk anda yang berminat untuk menjadi pengusaha ladang.  

Dalam beberapa seminar keusahawanan peringkat kebangsaan dan negeri, sebagai penceramah, saya telah mengutarakan peluang ini kepada peserta-peserta seminar.  Selain daripada menceritakan tips penanaman limau purut, saya juga menceritakan kaedah penanaman yang lain. 

Untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekelian, sebelum memulakan ladang tanaman limau purut, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:


Pokok Limau Purut Dewasa
1.  Keluasan tanah yang boleh menguntungkan
2.  Mendalami Ilmu tanaman yang iingin diceburi
3.  Mempunyai minat yang tinggi
4.  Modal yang mencukupi 
5.  Pasaran telah dikaji dan diketahui  
6.  Sentiasa Redha dan fully initiative
7.  Mengamalkan self urgency secara berterusan

Dari segi kesesuaian tanah, tanah mestilah dari jenis lom berpasir iaitu tanah berwarna kehitaman berpasir di mana kandungan pasir dalam linkungan 10%-15%. 

Keluasan tanah yang paling praktikal untuk ladang limau purut mestilah tidak kurang daripada 3 ekar.  1 ekar boleh ditanam dengan 500 pokok (bergantung kepada keadaan tanah).  Bermakna 3 ekar boleh ditanam sebanyak 1500 pokok.  Jumlah pokok dan keluasan tanah boleh dikira sebagai ladang berskala sederhana.  layak dah kalau nak mohon bantuan dari Jabatan Pertanian seperti baja, peralatan ladang, racun mahu pun khidmat nasihat.

Daun boleh mula dipetik selepas 3 tahun pokok ditanam, sekiranya 1,500 pokok ini membesar secara seimbang dan sihat, anda boleh memperolehi sebanyak 750kg sebulan (berdasarkan min. 1/2kg sahaja sepokok).  Dengan harga di antara RM7 - RM8/kg, ini bermakna jualan yang boleh diperolehi sebulan adalah RM6,000.  Selepas daun-daun dipetik, pokok perlu direhatkan selama sebulan.  Mereka perlulah dibaja dan dijaga sebaiknya bagi membolehkan daun-daun baru keluar dan menjadi matang semula.   

Berlainan dengan permintaan buah limau purut.  Permintaan yang saya terima adalah 4-6 tan seminggu. Sekiranya anda boleh menghasilkan 1 tan/minggu sudah lebih dari memadai kerana sepokok limau dewasa (3-4 tahun) hanya mampu menghasilkan 100-200gm/kutipan. Manakala pokok berusia 5 - 10 tahun boleh menghasilkan 800gm- 1kg/kutipan. Harga ladang (semasa) buah limau purut gred A+B ialah RM6.50/kg.

Kemahiran dan ilmu penanaman pokok ini perlulah dipelajari sama ada menghadiri kursus/taklimat yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian atau dengan mempelajari dari rakan-rakan yang berpengalaman. Sesetengah teknik penanaman ini saya perolehi melalui pembacaan buku-buku dan internet serta rakan-rakan yang menanam limau purut sama ada secara komersil atau secara kecil-kecilan.  Kadang-kadang idea tanaman yang mereka beri bunyinya funny, tetapi apabila dilakukan ia menjadi!

Tumbesaran pokok bergantung kepada teknik penanaman yang betul.  Berikut adalah kaedah tanaman yang boleh kita kongsi bersama.

a)  Jarak tanaman- Jarak yang sesuai ialah 6' x 6'.  Gali lubang 1' sebelum menanam anak pokok.  Sebelum itu, gaulkan dulu 100g baja tahi ayam reput, 100g baja triple superphosphate dan 100g kapur di dalam lubang tersebut.  Tanam anak pokok dan padatkan tanah di sekeliling anak pokok.  Di mana nak dapat anak pokok?  Emel saya je...

b)  Penjagaan- Siram anak pokok pada awal pagi atau/dan lewat petang 1 atau 2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.  Bajakan pokok dengan menggunakan tahi ayam reput sebanyak 5 kg sebanyak 2 kali setahun bagi peringkat tumbesaran (1-3 tahun).  Selang seli menggunakan baja urea 2 kali setahun sebanyak 50 gm bagi peringkat tumbesaran. Cantasan dilakukan untuk membuang tunas air, ranting-ranting dan dahan yang berpenyakit atau kurang sihat.

c)  Kawalan rumpai-  Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut di keliling pokok.  Apabila pokok telah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dilakukan dengan menggunakan racun rumpai.

d)  Kawalan perosak dan penyakit-  Daun limau purut merupakan daun yang paling diminati oleh ulat.  Pelbagai spesis ulat.  Kutip dan musnahkan serangga perosak yang menyerang pokok serta daun-daun yang dijangkiti oleh penyakit.  Bagi mengelakkan daun dimakan ulat, anda boleh menggunakan racun malathion.  Sembur sebulan sekali.  Racun tu murah je, lebih kurang RM15 sebotol.  Ada juga sahabat yang menyarankan supaya pokok disembur dengan cecair daun serai wangi untuk menghalau ulat/serangga.  Ianya lebih murah dan selamat.

e)  Pemilihan lokasi-  Kawasan yang baik untuk tanaman ini adalah kawasan yang selalu mendapat hujan. Kawasan yang sering menerima hujan bermakna tanaman anda akan sentiasa subur dan cepat besar.  Pancaran matahari juga adalah perlu bagi memastikan pokok mendapat cukup makanan dan sihat. Pastikan kawasan tersebut bebas dari gangguan binatang buas (seperti babi hutan dan monyet).  Ini kerana binatang tersebut akan mencabut anak-anak pokok atau mematahkan ranting sekiranya kawasan tersebut tidak dipagar atau dijaga.


Dari segi modal, sudah tentulah bergantung kepada saiz ladang. Kos-kos seperti pembersihan tanah, pembinaan prasarana (piping, tangki air, pam air, generator, rumah pekerja/pejabat dan pagar), pembelian anak-anak pokok, baja, racun serangga, kos pengangkutan dan sebagainya.  

Pembersihan tanah biasanya mencecah RM1K/ekar manakala kos untuk pembinaan prasarana bergantung kepada modal dan kreativiti sendiri.  Saya menggunakan banyak bahan-bahan terpakai seperti tangki air, paip pvc serta kayu/zink untuk binaan.  Harganya lebih murah dan banyak pilihan.  Boleh didapati di kedai-kedai bahan terpakai. 

Untuk mendapatkan anak-anak pokok, saya nasihatkan anda untuk membeli dari saya (ha! ha!).  Kenapa saya cadangkan sedemikian?

  • anak pokok yang saya jual adalah dari jenis yang sama dengan pokok yang saya tanam di ladang saya
  • hampir 10,000 pokok telah saya jual kepada rakan-rakan peladang dan mereka tidak mempunyai masalah dengan pokok-pokok tersebut.  
  • Kalau beli dari saya, tidak timbul masalah untuk menjual hasilnya kelak kerana saya akan beli balik.  So, masalah pasaran tidak timbul kerana permintaan telah sedia wujud.  Win-win lah! 
Namun, kalau anda mempunyai pasaran sendiri seperti pasar-pasar borong, peraih, atau pasaraya, itu adalah lebih baik.  Mungkin anda akan mendapat harga yang lebih baik.  Walau bagaimanapun, saya yakin sayalah yang menawarkan harga beli melebihi RM7/kg (paling tinggi) di negara ini.

Perkara seterusnya ialah kita sentiasa kena berlapang dada atau dalam erti kata lain redha sekiranya sesuatu yang tidak baik berlaku kepada tanaman kita.  Sentiasa berfikiran positif, perlu ada inisiatif dan self urgency.  Contohnya seperti sekarang, sudah 3 bulan musim kemarau dan tiada hujan.  Bagi anda yang menggunakan air hujan atau kolam untuk menyiram ladang, sudah tentulah tanaman mati, kering dan  tidak mengeluarkan hasil.  Dalam erti kata lain, duit tak masuk. Penat je badan.  So, being redha is an importance.  Self urgency plays as an important role di mana kita boleh menjangkakan keadaan ini apabila dimaklumkan dari awal dan akan menjejaskan tanaman kita, maka apa yang saya boleh sarankan ialah membina telaga dengan mengepam air dari dalam tanah (underground water).  Upah korek dalam RM1,500- 2,000. Cuma beli pam sahaja sama ada menggunakan petrol atau elektrik.  

Banyak lagi perkara yang saya tidak sempat ceritakan di sini.  InsyaAllah, saya akan kongsi-kongsikannya di lain ruang dan waktu. 

Akhir sekali, saya ingin menasihatkan anda yang ingin atau telah menceburi bidang pertanian perlulah tabah kerana banyak cabaran yang perlu ditempuh sebelum berjaya sepenuhnya.  Bagi yang baru nak mengenal hakikat pertanian, anggaplah cabaran yang datang itu adalah sebagai motivasi yang berterusan.  Seperti kata orang-orang tua-tua: Alah bisa, Tegal biasa!  

Pantun Melayu pula berbunyi:

Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Sekian, Wassalam.


Thursday, March 20, 2014

PENJAGAAN AYAM KACUK: SAMPAI BOLEH JUAL

As Salam dan Salam Sejahtera.

Seperti yang saya janjikan dalam post sebelum ini, saya akan tunjukkan beberapa gambar reban ayam saya.  Berikut adalah gambar dalam reban besar saya 60 kaki x 60 kaki.  Saya pecahkan kepada beberapa ruang untuk setiap batch yang berlainan.

Anak ayam berusia 2 minggu dalam reban didik.
 1.   Reban Didik.  Preferably untuk anak ayam dari usia 3 hari hingga 3 minggu.  Reban ini berkeluasan 3' x 6' dan boleh memuatkan anak ayam 100 ekor sehingga umur 3 minggu. Dari segi pemakanan, biasanya saya beri dedak starter 25kg sampai habis dan baru dialihkan ke compartment khas untuk mereka.   Make sure, makanan dan air sentiasa mencukupi. Air perlulah dicampur dengan vitamin.  Daun pisang muda/lembut sudah boleh diberi apabila anak ayam mencecah 2 minggu.


Ayam berusia 1 bulan 
2.  Adult Compartment.  Orang lain tak pernah guna nama ni.  Saya dulu. Compartment ini adalah ruang untuk anak-anak ayam membesar.   Ingat! compartment tersebut perlulah dibersih dan dispray dengan EM sekurang-kurang sehari sebelum anak-anak ayam ini dilepaskan.  Saya tidak mencampurkan ayam-ayam dengan ayam dari batch lain.   Cara ini senang untuk saya menjaga diet, kesihatan, keselesaan serta berat mereka.  Keluasan compartment 6' x 10' sudah memadai untuk 100 ekor ayam. Jangan lupa buat tangga ayam supaya ayam-ayam yang kenyang dapat rehat dan tidak diganggu oleh ayam-ayam yang lain.  Ayam-ayam yang selalu lepak atas tangga ayam tu, selalunya cepat kena jual sebab mereka cepat besar.  So, tengok gambar tu, sapa yang kena (jual)?

Itulah dia kaedah yang saya gunakan.  Seperkara lagi, jangan lupa gantung pelepah-pelepah pisang di sekeliling compartment tu.  Kalau tak cukup pelepah di dalam kawasan kita, pergi ambik kat tepi-tepi jalan, hujung-hujung kampung atau tepi-tepi highway.  Kesian pulak kat makcik-makcik yang jual nasi lemak...
Ayam 8 minggu berat 1.4kg sedia untuk dijual

Biasanya bab mencari daun pisang ni, pekerja saya lah.  Sekali ambik sampai 20 pelepah.  Setiap compartment dia gantung sampai 6-7 pelepah bergantung kepada saiz dan bilangan ayam.  Bila ada daun seperti ini dalam reban, saya dah tak perlu lepas ayam-ayam ni ke luar reban.  Pening kepala nak halau mereka masuk.  Kaedah ini terbukti mempercepatkan tumbesaran ayam, meningkatkan berat dan mengurang kadar kematian ayam.

Ingat! Bagi makan, bagi makan juga tapi tahi ayam jangan lupa dibuang.  Kebersihan lantai mestilah diberi perhatian yang serius.

Itu je cerita saya pasal teknik menternak ayam kampung kacuk.  Mudah dan murah!

Wednesday, March 12, 2014

JOM BELA AYAM KAMPUNG

As Salam dan Selamat Sejahtera Semua,

Bertemu sekali lagi di blog saya ini. Kali ini saya nak share kaedah mudah yang saya praktikkan untuk penternakan ayam kampung jenis kacukan.  Tapi kalau lepas ni anda nak pergi kursus untuk mengetahui cara sebenar, saya persilakan.  Lebih banyak ilmu, lebih baik.

Bagi pendapat saya, kaedah penternakan ayam kampung jenis ni bergantung sepenuhnya kepada kreativiti penternak.  Dalamerti kata lain, penternak mestilah cekap mengenalpasti kaedah terbaik membesarkan ayam-ayamnya berdasarkan kedudukan ladang.

Berikut saya berikan beberapa tip untuk penternakan ayam kampung.

a)  Cahaya matahari
  • Biar cahaya matahari masuk pagi dan petang.  Ia penting untuk mengawal suhu dalam reban dan kawalan penyakit serta khusus untuk keselesaan anak-anak ayam.
  • Pada peringkat awal, anak ayam mestilah dibesarkan dalam reban didik dengan suhu dalam lingkungan 35-37 darjah calcius.  
  • Bagi menjamin suhu dalam reban didik dapat dikekalkan sehingga waktu malam, reban didik tersebut perlulah ditutup kelilingnya dengan kanvas dalam pukul 5 petang. Kalau tak de duit nak beli kanvas, rembat saja banting terpakai yang tergantung di tiang-tiang lampu.  
  • Kaedah tutup ini digunakan sehingga anak ayam berusia 3 minggu ke sebulan. Kalau musim hujan, biarkan reban didik tersebut tertutup sampai sebulan.  Kaedah ini secara langsung dapat menjimatkan kos elektrik dan lampu.  Kaedah ini amat sesuai sekiranya reban anda tidak mempunyai bekalan elektrik.

b)  Peredaran Angin
  • Peredaran angin amat penting untuk ternakan ayam.  Angin dan cahaya matahari menentukan kesihatan, selera makan dan kecergasan ayam.  Peredaran angin juga dapat mengelakkan penyakit yang berpunca dari gas amonia, terhasil dari najis ayam sendiri.  Gas amonia boleh menyebabkan ayam selsema, mata berair, sakit mata, radang paru-paru dan seterusnya ayam akan hilang selera makan. Bila ternakan hilang selera makan, mereka akan mati.  
  • Tahi ayam perlu dibersihkan sekerap yang boleh dan tahi ayam dimasukkan di dalam guni sebelum dilupuskan.  Sila pastikan guni-guni yang berisi tahi ayam diletakkan di luar kawasan reban.
  • Semburkan keseluruhan dalam reban dengan menggunakan cecair effective microorganism (EM) bagi membunuh kuman yang menghasilkan gas amonia (bau busuk) pada tahi ayam. Cecair E.M selamat digunakan kerana ia bukan bahan kimia, so kalau terkena makanan, minuman atau ayam pun tak apa.  Biasanya saya spray EM ke dalam dedak/makanan, minuman atau pada badan ayam.  Kalau nak dapat E.M (with special price), boleh call saya.  EM juga digunakan secara meluas untuk tanaman.
c)  Jarak Reban-Kawasan Kediaman
  • Bertujuan untuk mengurang stress ayam yang berpunca dari aktiviti manusia seperti bunyi kenderaan, lalu lalang atau menjadi 'port' lepak jiran-jiran (atau anak mereka).  Kalau boleh bina pagar, lagi baik! 
  • Ayam perlu ruang yang bersih dan suasana yang tenang untuk beristirehat.  Barulah ayam-ayam makan banyak dan minda mereka tidak terganggu.  Kalau ayam cepat besar, cepatlah boleh dijual.  
d)  Mengawal Kesihatan Ayam
  • Kesihatan ayam boleh terganggu melalui pelbagai punca.  Apabila ramai orang berkeliaran di kawasan reban maka banyak aktiviti yang boleh mengancam kesihatan ayam.  Contohnya, kalau rakan-rakan kita merokok.  Asap rokok merbahaya untuk pernafasan ayam.  Smoking kills! 
  • Kemungkinan penyakit sawar menyerang ladang kita adalah cerah sekiranya reban kita terletak terlalu hampir dengan aktiviti manusia.  Virus hawar mudah sampai ke ladang kita melalui aktiviti orang ramai.  Inilah di antara cara penyakit hawar bergerak.  Sekali hawar menyerang, satu reban ayam mati.  Tak sempat nak jual.
e)  Perbanyakkan Sumber Makanan
  • Kawasan persekitaran juga memainkan peranan. Tanam pokok pisang sebanyak-banyaknya. Selain pisang yang mudah dijual, daunnya yang hijau memberi ketenangan dan suasana sejuk kepada ternakan.
  • Daun pisang merupakan sumber makanan yang baik untuk ayam.  Selain menjimatkan kos membeli dedak, ia dapat mengurangkan hassle untuk kita mencari makanan alternatif.  Daun pisang merupakan snek yang amat diminati oleh ayam tetapi ayam-ayam perlulah diajar makan daun tersebut sejak usia 2 minggu.  Beri daun yang lembut-lembut dulu, kemudian bolehlah diberi daun yang agak keras selari dengan tumbesaran ternakan tersebut.
  • Bagi memastikan pokok pisang sihat dan subur, tanam tahi ayam di pangkal pokok pisang sebanyak yang boleh.  Sekali-sekali bagilah ayam makan pisang yang dah masak.  Pisang juga sumber kabohidrat yang tinggi untuk ayam.  Tanah 2-3 ekar mampu menghasilkan 5 tandan pisang sebulan.  Setandan pisang abu boleh mencecah berat 25kg dan kalau dijual bolehlah dapat RM40/tandan.
Cukuplah untuk beli dedak ayam
f)  Pemberian Vitamin
  • Kalau kawasan reban ada sumber air semulajadi seperti kolam atau anak-anak sungai, itu lebih baik untuk mendapatkan air bersih, ia sudah pasti menjimatkan kos air.  
  • Sebaiknya, air minuman terlebih dahulu dicampur dengan vitamin (orang panggil ubat merah).  Vitamin ini bukan sahaja menaikkan selera makan ayam tetapi juga untuk mengekalkan kecergasan ayam.  
  • Pastikan air sungai yang digunakan tidak dicemari oleh racun atau baja pertanian atau bahan-bahan toksik dari kilang.  Kalau kita takut nak minum air sungai tu, jangan beri pada ternakan kita.  Simple formula!

Oops! itu je lah yang dapat saya kongsi pada kali ini.  Harap anda enjoy baca post saya kali ni.  Sekian.