Wednesday, March 26, 2014

FAKTOR MENARIK TANAMAN LIMAU PURUT

As Salam dan Salam Sejahtera.

Berjumpa lagi dalam blog saya ni.  Semakin hari semakin ramai yang melawat blog saya. Alhamdulillah, inilah ruang yang dapat saya gunakan untuk berkongsi minat dalam bidang pertanian.  .

Ditemani anak di ladang
Seingat saya, saya belum menulis lagi mengenai prospek dan kaedah penanaman pokok limau purut atau nama botaninya citrus histrix secara terperinci sebelum ini.  Mungkin dalam blog-blog rakan yang lain diceritakan asal-usul pokok limau purut atau tentang kepentingan limau purut kepada masyarakat kita.  Saya lebih berminat berkongsi tentang prospek komoditi ini, cara penanaman dan penjagaannya supaya seiring dengan misi dan objektif untuk memastikan ia diurus secara bijak, menjimatkan, kekal berdaya saing dan seterusnya memperolehi keuntungan yang berterusan. 

Seperti dalam post sebelum ini, saya menyentuh berkenaan permintaan buah dan daun limau purut yang tinggi.  Ini merupakan peluang untuk anda yang berminat untuk menjadi pengusaha ladang.  

Dalam beberapa seminar keusahawanan peringkat kebangsaan dan negeri, sebagai penceramah, saya telah mengutarakan peluang ini kepada peserta-peserta seminar.  Selain daripada menceritakan tips penanaman limau purut, saya juga menceritakan kaedah penanaman yang lain. 

Untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekelian, sebelum memulakan ladang tanaman limau purut, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:


Pokok Limau Purut Dewasa
1.  Keluasan tanah yang boleh menguntungkan
2.  Mendalami Ilmu tanaman yang iingin diceburi
3.  Mempunyai minat yang tinggi
4.  Modal yang mencukupi 
5.  Pasaran telah dikaji dan diketahui  
6.  Sentiasa Redha dan fully initiative
7.  Mengamalkan self urgency secara berterusan

Dari segi kesesuaian tanah, tanah mestilah dari jenis lom berpasir iaitu tanah berwarna kehitaman berpasir di mana kandungan pasir dalam linkungan 10%-15%. 

Keluasan tanah yang paling praktikal untuk ladang limau purut mestilah tidak kurang daripada 3 ekar.  1 ekar boleh ditanam dengan 500 pokok (bergantung kepada keadaan tanah).  Bermakna 3 ekar boleh ditanam sebanyak 1500 pokok.  Jumlah pokok dan keluasan tanah boleh dikira sebagai ladang berskala sederhana.  layak dah kalau nak mohon bantuan dari Jabatan Pertanian seperti baja, peralatan ladang, racun mahu pun khidmat nasihat.

Daun boleh mula dipetik selepas 3 tahun pokok ditanam, sekiranya 1,500 pokok ini membesar secara seimbang dan sihat, anda boleh memperolehi sebanyak 750kg sebulan (berdasarkan min. 1/2kg sahaja sepokok).  Dengan harga di antara RM7 - RM8/kg, ini bermakna jualan yang boleh diperolehi sebulan adalah RM6,000.  Selepas daun-daun dipetik, pokok perlu direhatkan selama sebulan.  Mereka perlulah dibaja dan dijaga sebaiknya bagi membolehkan daun-daun baru keluar dan menjadi matang semula.   

Berlainan dengan permintaan buah limau purut.  Permintaan yang saya terima adalah 4-6 tan seminggu. Sekiranya anda boleh menghasilkan 1 tan/minggu sudah lebih dari memadai kerana sepokok limau dewasa (3-4 tahun) hanya mampu menghasilkan 100-200gm/kutipan. Manakala pokok berusia 5 - 10 tahun boleh menghasilkan 800gm- 1kg/kutipan. Harga ladang (semasa) buah limau purut gred A+B ialah RM6.50/kg.

Kemahiran dan ilmu penanaman pokok ini perlulah dipelajari sama ada menghadiri kursus/taklimat yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian atau dengan mempelajari dari rakan-rakan yang berpengalaman. Sesetengah teknik penanaman ini saya perolehi melalui pembacaan buku-buku dan internet serta rakan-rakan yang menanam limau purut sama ada secara komersil atau secara kecil-kecilan.  Kadang-kadang idea tanaman yang mereka beri bunyinya funny, tetapi apabila dilakukan ia menjadi!

Tumbesaran pokok bergantung kepada teknik penanaman yang betul.  Berikut adalah kaedah tanaman yang boleh kita kongsi bersama.

a)  Jarak tanaman- Jarak yang sesuai ialah 6' x 6'.  Gali lubang 1' sebelum menanam anak pokok.  Sebelum itu, gaulkan dulu 100g baja tahi ayam reput, 100g baja triple superphosphate dan 100g kapur di dalam lubang tersebut.  Tanam anak pokok dan padatkan tanah di sekeliling anak pokok.  Di mana nak dapat anak pokok?  Emel saya je...

b)  Penjagaan- Siram anak pokok pada awal pagi atau/dan lewat petang 1 atau 2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.  Bajakan pokok dengan menggunakan tahi ayam reput sebanyak 5 kg sebanyak 2 kali setahun bagi peringkat tumbesaran (1-3 tahun).  Selang seli menggunakan baja urea 2 kali setahun sebanyak 50 gm bagi peringkat tumbesaran. Cantasan dilakukan untuk membuang tunas air, ranting-ranting dan dahan yang berpenyakit atau kurang sihat.

c)  Kawalan rumpai-  Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut di keliling pokok.  Apabila pokok telah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dilakukan dengan menggunakan racun rumpai.

d)  Kawalan perosak dan penyakit-  Daun limau purut merupakan daun yang paling diminati oleh ulat.  Pelbagai spesis ulat.  Kutip dan musnahkan serangga perosak yang menyerang pokok serta daun-daun yang dijangkiti oleh penyakit.  Bagi mengelakkan daun dimakan ulat, anda boleh menggunakan racun malathion.  Sembur sebulan sekali.  Racun tu murah je, lebih kurang RM15 sebotol.  Ada juga sahabat yang menyarankan supaya pokok disembur dengan cecair daun serai wangi untuk menghalau ulat/serangga.  Ianya lebih murah dan selamat.

e)  Pemilihan lokasi-  Kawasan yang baik untuk tanaman ini adalah kawasan yang selalu mendapat hujan. Kawasan yang sering menerima hujan bermakna tanaman anda akan sentiasa subur dan cepat besar.  Pancaran matahari juga adalah perlu bagi memastikan pokok mendapat cukup makanan dan sihat. Pastikan kawasan tersebut bebas dari gangguan binatang buas (seperti babi hutan dan monyet).  Ini kerana binatang tersebut akan mencabut anak-anak pokok atau mematahkan ranting sekiranya kawasan tersebut tidak dipagar atau dijaga.


Dari segi modal, sudah tentulah bergantung kepada saiz ladang. Kos-kos seperti pembersihan tanah, pembinaan prasarana (piping, tangki air, pam air, generator, rumah pekerja/pejabat dan pagar), pembelian anak-anak pokok, baja, racun serangga, kos pengangkutan dan sebagainya.  

Pembersihan tanah biasanya mencecah RM1K/ekar manakala kos untuk pembinaan prasarana bergantung kepada modal dan kreativiti sendiri.  Saya menggunakan banyak bahan-bahan terpakai seperti tangki air, paip pvc serta kayu/zink untuk binaan.  Harganya lebih murah dan banyak pilihan.  Boleh didapati di kedai-kedai bahan terpakai. 

Untuk mendapatkan anak-anak pokok, saya nasihatkan anda untuk membeli dari saya (ha! ha!).  Kenapa saya cadangkan sedemikian?

  • anak pokok yang saya jual adalah dari jenis yang sama dengan pokok yang saya tanam di ladang saya
  • hampir 10,000 pokok telah saya jual kepada rakan-rakan peladang dan mereka tidak mempunyai masalah dengan pokok-pokok tersebut.  
  • Kalau beli dari saya, tidak timbul masalah untuk menjual hasilnya kelak kerana saya akan beli balik.  So, masalah pasaran tidak timbul kerana permintaan telah sedia wujud.  Win-win lah! 
Namun, kalau anda mempunyai pasaran sendiri seperti pasar-pasar borong, peraih, atau pasaraya, itu adalah lebih baik.  Mungkin anda akan mendapat harga yang lebih baik.  Walau bagaimanapun, saya yakin sayalah yang menawarkan harga beli melebihi RM7/kg (paling tinggi) di negara ini.

Perkara seterusnya ialah kita sentiasa kena berlapang dada atau dalam erti kata lain redha sekiranya sesuatu yang tidak baik berlaku kepada tanaman kita.  Sentiasa berfikiran positif, perlu ada inisiatif dan self urgency.  Contohnya seperti sekarang, sudah 3 bulan musim kemarau dan tiada hujan.  Bagi anda yang menggunakan air hujan atau kolam untuk menyiram ladang, sudah tentulah tanaman mati, kering dan  tidak mengeluarkan hasil.  Dalam erti kata lain, duit tak masuk. Penat je badan.  So, being redha is an importance.  Self urgency plays as an important role di mana kita boleh menjangkakan keadaan ini apabila dimaklumkan dari awal dan akan menjejaskan tanaman kita, maka apa yang saya boleh sarankan ialah membina telaga dengan mengepam air dari dalam tanah (underground water).  Upah korek dalam RM1,500- 2,000. Cuma beli pam sahaja sama ada menggunakan petrol atau elektrik.  

Banyak lagi perkara yang saya tidak sempat ceritakan di sini.  InsyaAllah, saya akan kongsi-kongsikannya di lain ruang dan waktu. 

Akhir sekali, saya ingin menasihatkan anda yang ingin atau telah menceburi bidang pertanian perlulah tabah kerana banyak cabaran yang perlu ditempuh sebelum berjaya sepenuhnya.  Bagi yang baru nak mengenal hakikat pertanian, anggaplah cabaran yang datang itu adalah sebagai motivasi yang berterusan.  Seperti kata orang-orang tua-tua: Alah bisa, Tegal biasa!  

Pantun Melayu pula berbunyi:

Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Sekian, Wassalam.


15 comments:

  1. Sy nak tanya pokok limau purut yg ditanam kini telah berbuah.tetapi yg mjadi masalah..tiba2 muncul 1 dahan dari bawah..kiranya mereka berkongsi 1 pohon pokok.. dahan pokok yg muncul tiba2 itu adalah pokok limau pagar ( menurut mak mentua ).. kami mula sedar ketika memasak tomyam.kami ambil daun tersebut dan dimasukkan didalam tomyam..ternyata tomyam tersebut menjadi pahit.boleh kah en. Memberi penerangan bagaimanakah 1 pokok boleh bertunaskan 2 jenis limau.tq.

    ReplyDelete
  2. Sy berminat tuan...0195875356 contact sy

    ReplyDelete
  3. Sy berminat tuan...0195875356 contact sy

    ReplyDelete
  4. Kalau saya berada di kelantan, bagaimana ya mahu menjual hasil kepada tuan?

    ReplyDelete
  5. Kalau saya berada di kelantan, bagaimana ya mahu menjual hasil kepada tuan?

    ReplyDelete
  6. Nak tanya encik masih tanam poko limau purut lagi tak??

    ReplyDelete
  7. Salam tuan..saya berminat nk cari benih pokok..0132572282 call asap

    ReplyDelete
  8. Salam tuan..saya berminat nk cari benih pokok..0132572282 call asap

    ReplyDelete
  9. Hi, saya pembekal buah limau purut. Kalau siapa berminat boleh hubungi saya melalui nombor ini 0196749809

    ReplyDelete
  10. Saya berminat tuan...blh wssp saya 0194092877...

    ReplyDelete
  11. As Salam..Saya berminat dn sdang mencari anak pokok utuk projek skala sderhana, boleh whtapp no 0126191527

    ReplyDelete
  12. Saya blh dapatkan daun limau purut dan limau purut yg banyak.tolong msg .whtasapp 0183719095 kanna

    ReplyDelete
  13. Pm sy...nak beli benih..
    0197569484

    ReplyDelete