Sunday, February 9, 2014

POKOK LIMAU PURUT: PENJANA PENDAPATAN YANG BAIK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama saya tak menulis untuk blog saya.  Bz.  Untuk makluman, selain mengusahakan ternakan ayam kampung, ladang saya turut ditanam dengan pokok limau purut dan pisang.  Oleh kerana tahi ayam banyak, maka saya gunakannya sebagai baja untuk pokok-pokok limau purut dan pisang.  Ladang integrasi lah katakan.  Tahi ayam tak terbuang begitu sahaja, manakala daun-daun pisang serta jantung pisang pula diberikan kepada ayam sebagai makanan tambahan. Pisang pula dijual kepada peraih.
See the banana...

Berdasarkan pengalaman, tahi ayam adalah baja yang baik untuk pokok limau purut dan pokok pisang.  Memang betul!  Pokok-pokok limau purut di ladang saya tu cepat membesar.  Baru 2 tahun tanam, dah tinggi melebihi 6 kaki. Pokok-pokok pisang, gemuk dan besar.
Anak pokok limau purut


Untuk makluman anda, limau purut dan daun limau purut merupakan komodoti yang laris di negara kita.  Pisang juga merupakan produk pertanian yang tidak mencukupi di negara kita.

Untuk tulisan saya kali ini, saya ingin memfokuskan sikit kepada tanaman limau purut, berdasarkan pengalaman saya selama 6 tahun.  Saya percaya sektor pertanian yang lain pun menghadapi supply yang tidak mencukupi. 

Pokok limau purut boleh menjadi sumber pendapat utama kepada pengusaha pertanian.  Sebagai contoh, saya menerima permintaan untuk buah limau purut sekitar 3 tan/minggu, manakala daun limau purut antara 200 ke 500kg/minggu.  Angka-angka ini saya berikan berdasarkan kepada permintaan yang saya terima dan bekalkan setiap minggu.

Mungkin angka kilogram yang dinyatakan di atas tidak besar tetapi hakikatnya saya menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan tersebut kerana 'supply' yang tidak mencukupi.  Boleh dikatakan saya telah menghubungi semua ladang-ladang besar di negara ini, even beberapa kenalan di negeri Sabah untuk mendapatkan stok daun dan buah limau purut tetapi amat sedikit sekali yang saya perolehi.  Ini bukan kerana produk tidak banyak tetapi kerana permintaaan yang besar.  

Berdasarkan pengamatan saya tentang kekurangan ini disebabkan oleh perkara seperti berikut :

Keupayaan Ladang Sedia Ada- 
Ladang-ladang sedia ada merupakan ladang yang telah lama diusahakan sama ada secara sepenuh atau separuh masa.  Ini menyebabkan keluasan ladang-ladang tersebut tidak dibesarkan seterusnya tidak seiring dengan permintaan semasa terhadap buah dan daun komoditi tersebut.
Pengusaha ladang pula tidak menjangkakan permintaan terhadap buah dan daun limau purut akan meningkat secara mendadak.

Peningkatan Permintaan Ke atas Produk Berasaskan Tropical Taste
Banyak syarikat pengeluar makanan yang menghasilkan produk dengan citarasa tropical taste untuk meningkatkan penjualan bagi memenuhi permintaan pengguna.  Pelbagai kaedah pemasaran telah dilaksanakan baik di dalam negara mahu pun di luar negara, khususnya di Eropah dan Amerika Selatan.  Setelah produk-produk mereka berjaya menembusi pasaran tersebut maka tidak hairanlah syarikat-syarikat tersebut telah menggandakan pengeluaran untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Berdasarkan kepada pengalaman saya sebagai pengusaha, penjual dan pembeli, keuntungan bersih untuk pengusaha tanaman limau purut amatlah baik.  Ini berdasarkan perkiraan seperti berikut:
a)  Pokok limau purut dewasa menghasilkan 2kg daun limau. (minimum)
b)  Harga jualan daun limau purut RM8/kg. (ikut pasaran)
c)  Katakan 200kg daun dijual seminggu.
e)  Keuntungan kasar boleh diperolehi sebanyak RM1600/seminggu.
f)  Tolak kos hantar, upah pemetik daun (sambilan), baja NPK, racun ulat/kulat
g) Keuntungan bersih mampu diperolehi tidak kurang RM800 setiap minggu.

Ini baru saya ceritakan tentang prospek perniagaan daun limau purut, belum lagi bab buah limau purut.  Yang itu, lain kali saya exposekan, InsyaAllah!

Jumpa Lagi.

1 comment: